Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

March 8, 2011

sekadar berkongsi pengalaman

sebenarnya dh lama dh aku pendam ni..malam ni nk kena luah kan jugak segala keperitan ini. aku tahu mmg tak elok dan tak wajar untuk aku post entri ni. Tapi niat aku cuma satu, win-win situation..aku dapat, mereka pun dapat..HUHHHH!! berat benar bunyi nye tu.


sebelum tu,aku nak mintak maaf dulu jika apa yang akan aku katakan ni salah ataupun melanggar prinsip perguruan ataupun mengecilkan hati mana2 pihak. dush dush!! sila tumbuk dinding tanda marah.


kesahnya...


aku ni cikgu tucen yang baik sbenarnya. siyes der, wa mmg ssh nk mrh budak2. tp mama2 kat luar sana mst faham. dalam satu kelas tusyen , mmg variasi la tahap kebolehan studentnya. ye ,aku sedia maklum. Tapi yang buat aku kadang2 nak menangis tu bila dlm kelas ada budak yang sgt pandai, sederhana pandai..ok, ni mmg aku sayang. lagi, kurang pandai tapi nak belajar, aku sayang jugak, tapi yang tak pandai dan malas belajar.ni bukan aku tak sayang beb...tapi kurang sikit..


buat aku tambah geram bila, masa aku mengajar dorang punyalah banyak bercakap. bila aku cakap "oke, ikut apa cikgu sebut ni ramai2". dia boleh buat derkk je. "pastu ckp, saya dh tahu buat ni cikgu". aku tak marah, kalau betul tahu. tapi bila time buat latihan, tak sampai 2 menet dh siap. tapi 0/10 markahnya.. pastu bila aku suruh buat pembetulan, xnk buat..grrrrrrrr......


lagi.... bila aku ajar..dia buat mcm faham.bila aku suruh buat kat depan aku, sbb aku nk ajarla kan. "xpela cikgu, saya reti dh ni"..hasilnya....grrrrrr.buat aku geram lagi. tapi jangan risau mama2.aku tahu had2 guru ni.aku x marah.aku ttp gak nk ajar smpai pandai.sbb nnt berbalik jugak pada aku kan.aku bakal ada anak, ada cucu...


cuma sini aku nak je berkongsi pendapat dengan ibu bapa diluar sana.. (aku bukan nk mengada2 , padahal aku sendiri pun belum ada anak). 


1) anak2 zaman moden ni, kena diberi pendidikan seawal mungkin di rumah. tak perlu hantar tusyen mahal2 jika x mampu. cukup sekadar diberi pengenalan A, B, C..mengeja, mengira dan menulis seawal2 nya.. ini penting wahai ibu ibu dan ayah ayah..nak tak anak2 pandai nanti?mst nak kan?


2)bg yang mampu, rajin2 la belikan anak2 buku latihan sejak anak2 kecil lagi.maksud aku dh masuk 5 tahun tu dh boleh start belikan buku A,B,C..sejuk perut mengandung 9 bulan kalau tgk anak2 pandai membaca kecik2 ag kan?tp aku tgk geng2 blogger ni mmg rajin print out latihan anak2 dr internet dan mcm2..usaha yang bagus tu..


3) ibu bapa kena peratikan perkembangan akademik anak2 masing2.. saya pernah mengajar students form 5 yang tak reti membaca. pelajar lelaki.saya cuba ajar dia, tapi dia dh xnak. maybe sbb malu.bila saya cek balik biodata dia dari sklh rendah, dia xde apa2 masalah cuma mungkin tiada yang sedar kekurangan dia yang satu tu. kesian dia, saya tak tahu mcm mana masa depan dia. eja nama sendiri pun dia tak tahu.




apa yang saya katakan ni, tak termasukla golongan anak2 yang mmg ada masalah pembelajaran. kalau dh kategori bermasalah pembelajaran pun ada kelas khasnya kan?jadi celik minda, buka mata.sayang la anak2 generasi kita tu. maafkan saya ye ibu ibu dan ayah ayah jika ada yang salah faham..saya ikhlas, ini juga peringatan untuk saya yang bakal mempunyai anak satu hari nanti.


bak kata pepatah, "kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya"..



kalau suke , like la ;p

8 comments:

mommylavender said...

betul tu mommy sokong...ajar asas kat umah...walau sehari 2 minit ..kalau berterusan dari umo 4 tahun,nescahaya boleh mmbaca awal sebelum tadika lagi.besh entry....

nuruljannah sukhri said...

mommy lavender ;
btul tu.saya kesian sgt tgk darjah 1 tak tahu membaca.mmg kecik lagi.tp di zaman moden ni, mmg rasa ralat sgt bila dlm 1 kelas 20 org ada sorang x tahu membaca..kesian sgt sbb masa ni mereka mcm dh malu sbb kwn2 lain dh pandai..

ally said...

betul tu, ally pon sokong..sepatutnya asas2 tu kita dah bole ajar sikit2 dr kecil..so that, bila dia msk sekolah, dtg minat nak belajar..sgt kesian ngan cerita jannah psl pelajar form 5 x reti membaca & mengeja tu..sgt rugi..at least kalo x brape bijak, membaca tu kene tau..supaya akan dtg, jika berlaku ape2, dia x bole di tipu..

aDieyZa said...

yuyu, betul apa yg yuyu cakap tu.. pendidikan awal byk membantu..

ni kisah benar ttg anak buah zana.. dia mmg stay dgn mak & abh zana sejak kecik.. mak & abh zana sekolah sampai darjah 5 jer tp diaorang semangat nak ank buah zana cepat pandai membaca..

hasil usaha mak & abh zana, ank buah zana tu tadika dah bacakan surat khabar utk nenek & atuk dia.. so walaupun mak & abh zana xlah belajar tinggi, tp still nak cucu dia cepat belajar..

so apa yg yuyu ckp tu mmg betul..kalau kita nak anak kita cepat belajar, kena mula dari awl..

p/s: sorry comment panjang sgt pulak.. hihi

E K A said...

o ada camtu ae...mebe yuyu lembut kot...kalu kat sini, derang tak berani ckp camtu...lg satu mmg tahap IQ derang ni tak sama cam kat bandar...eka penah ngajar kat town...mmg beza la...smpi tak nyempat2 nak bg latihan.dah siap.kat sana mesti ramai yg nak tucen kan yuyu.leh bt income tu.kalu kat sini derang tak mampu.

nuruljannah sukhri said...

ally ;
mmg jannah kesian sgt dgn budak tu. skrg pun kdg2 terfikir, mcm mana la result SPM dia...
mungkin parents dia terlepas pandang atau mungkin mereka tak menitikberatkan hal2 pelajaran?

nuruljannah sukhri said...

adieyZa ;
btul tu , x semestinya educated parents je boleh lahirkan anak2 yang berjaya dan cemerlang..hendak seribu daya kan..kdg2 educated parents pun byk yang x utamakan pelajaran anak2. yuyu cuma bckp melalui pengalaman..bygkan dh masuk sekolah rendah masih x pandai membaca.

nuruljannah sukhri said...

eka ;
xde la lembut sgt.tp mungkin yuyu bukan guru terlatih.so, yuyu tak belajar mcm mana cara nak handle mende2 gitu.

yuyu penah tau kena ugut ngan student form 3 perempuan, dia ugut nak tumbuk yuyu.mmg terkejut sgt masa tu, smpai nk keluar air mata.nasib smpt cover..budak2 lain yang tgk boleh ckp "cikgu, saya tgk cikgu mcm dh terketar2 sikit masa tu"..

kalau kat sini, darjah 1 pun rama yang masuk tusyen.