15/03/2011 5:05pm
PUTRAJAYA 15 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.
Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.
Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.
"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.
"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa,” katanya.
Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di sini hari ini. — Bernama
sumber ; utusan malaysia online
ada jugak manusia yang tak bertanggungjawab sampai sanggup mereka2 cerita melibatkan keamanan negara ni kan.??? x ada kerja sangat atau terlebih prihatin?
bangun tidur pagi tadi, tgk henpon berjenama mewah ada 1 mesej. mata mamai2 lagi masa duk baca sms tu.bunyi nya mcm ni
"A nuclear power plant in Fukumi, japan exploded at 4.30 am today. if it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer.please pass, stay safe and reming everyone you know"
mati2 aku pecaye..sampai x keluar rumah hari ni.kebetulan pulak kemaman ni hujan panas je 2 3 hari ni.
tapi apa pun, kita tunggu je la berita seterusnya..mungkin ada maklumat terkini
kalau suke , like la ;p
No comments:
Post a Comment