Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

March 20, 2011

91 hari lagi

teringat masa sebelum kahwin dulu..lepas bertunang je, terus buat persiapan kahwin.. hari2 duk menghitung hari..  gatai kan? bukan apa sbnrnya, semua persiapan saya buat sendiri. umi dgn abah mmg xde pengalaman, ye la pertama kali nak buat majlis. nasib la ada geng2 blog dan FB. Boleh jugak, intai idea dan mintak ilmu dari mereka..


nasib la ada adik2 yang membantu di sepanjang majlis pertunangan tu.

mukadimah yang panjang siap ada gambar.ok setop skrg juga.

Kalau dulu syok counting hari kahwin, skrg ni, sibuk pulak counting hari bersalin.. adakah saya ni jenis tidak sabar? saya rasa mommie to be yang lain sama jugak kan?? weeee siap berdoa nak bersalin masa 38 minggu preggy. Amin.. Mana pergi sifat sabar yang umi dan abah ajar dari kecik lagi ni????

sbnrnya dalam lama x tengok pregnancy ticker kat tepi sidebar tu. hari ni mcm rajin je nak tgk.. uit, 91 days to go!!! sambil senyum2 dan gosok perut yang semakin maju ke depan. Alhamdulillah, sepanjang mengandung ni, saya mmg bebas dari alahan2 seperti pening2, muntah2.. Cuma cepat penat dan alahan jerawat ni je yang mmg x hilang2 lagi. Gatal ok.

Dua malam lepas, semangat apa ntah yang datang, dengan rajin, bukak semua shopping bag barang2 baby, pastu buang harga satu2 dan susun semua baju dalam almari. pastu tunjuk kat suami.. dia senyum je,tak perlu kata apa2 mesti dalam hati kata "excited betul bini aku ni".

skrg dah ada shorlisted klinik/hospital untuk bersalin.
1. Klinik Al-Farabi - ada doktor perempuan islam. Org kata klinik dia mcm dh lama. Tapi ok kot sbb pusat perubatan  islam.
2. Klinik Wy ko - Doktor cina.laki sahaja- mcm malu la pulak kan..
3. Kuantan Medical centre - Yang ni ada doc perempuan jugak.tapi kwn2 ckp service dia kurang sikit.
4. Kuantan Specialist Hospital - setakat survey ni, sini paling mahal kot. pekerja dia kata kena standby rm3-4k. gulppp!! kena g bincang balik.

mintak2 la jumaat ni xde aral, jadi pergi tengok2 dan pilih klinik mana yang ok antara 4 kat atas ni. Minggu lepas dh xjd, post pone minggu ni.




kalau suke , like la ;p

14 comments:

Sweetie Pie said...

mak ai.nk g kt farabi??mau bogel hang kt situ..opismate ak dl dh prnh bsalin kt situ..

Zatil said...

Owh..area situ tak tau mana yg ok..

Paper pun doa, semangat yg kuat n hubby's support, plg penting masa nak bersalin..:)

Puan Kutu said...

klu lg rajin p basuh siap2 bju baby tu,nti senang tingal pkai jer.hehe.apa pun smoga slmt mlahirkan baby yg kiut..:)

yuyu jannah said...

QA :
hah?x faham la...maksud???

yuyu jannah said...

kak zatil ;
thanks.. mmg semangat ni kak

yuyu jannah said...

puan kutu ;
ikut hati mmg nak je basuh..tp awl lagi kot.tgu 2 3 minggu lagi la..hehe

mykhalis said...

wahh..tak sabar2 dah..heh.. semoga selamat dan jaga diri leklok k?

Pya said...

Pya pon nak tanya apakah maksud komen 1st tu? Mcm sensored je munyiknye? hihi...

Pya pon harap sgt baby keluar antara 37 or 38 weeks. Tak sabar sgt2 dah nak jumpa baby ni. Hopefully baby kita sihat & sempurna semuanya.

yuyu jannah said...

mykhalis ;
amin..harap2 semuanya selamat ye.terima kasih..anak sulung..jadi lebih excited

yuyu jannah said...

pya ;
sama ah kita..jum sama2 kita doa..mana tau nnt kita sama2 dpt deliver awl..

mommylavender said...

dah amek air selusuh tak..... sekarang ada di jualkan..kemaskan satu beg tuk keperluan bayi n jannah sendiri,,ti bila dah nak dekat bersalin senang...encik somi pun kelam kabut bila kita sakit nanti

Zana Adieyza said...

wah, dh mula menghitung hari yer yuyu.. hope zana akn ada rezeki utk merasai nikmat menjadi M2B mcm yuyu.. insyaAllah..

yuyu jannah said...

mommy,
belum lagi.brg baby pun xcomplete ag ni..nk kena buat list.skrg ni baju je yang banyak.brg lain xde lagi.hehe
air selusuh dah mintak suami buat..tp belum buat lagi.

yuyu jannah said...

adieyZa:
insyaallah zana,,banyakkan berdoa dan usaha nnt ye..