Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

March 20, 2011

bekalan komponen iPad 2 terjejas


2 hari lepas, masa tengah berjalan2 (konon-exercise nak mudah bersalin la) di Padang Astaka dengan hubby, tiba2 hubby ckp
"mintak2 bonus masuk bulan ni"
"dpt ke?nak beli gelangggggg (dengan suara gedik)"
"haish!! gelang aje..abg beli ipad 2 nak x?, Tapi kena tunggu lepas bersalin.simpan dulu duit untuk bersalin, kalau x guna nanti abg belikan, nak?"
"xmo ipad, x minat, bukan aset tetap..nak beli gelangggg emas"
"beli ipad boleh sama2 guna, kalau gelang, ayg sorang je la"
"yela, yelaaa..."

tup2 tengah baca paper online td terbaca pasal ni.. dalam hati (YES YES, mesti dapat beli gelang!!) amin
apple iPad 2



NEW YORK 19 Mac - Pengeluar gajet terkenal, Apple mungkin berhadapan masalah kekurangan komponen untuk iPad 2 berikutan gempa bumi dan tsunami di Jepun, menurut sebuah firma kajian.
"Kesan daripada gempa bumi itu mungkin menyebabkan gangguan logistik dan kurangnya pengeluaran iPad 2 yang menggunakan perkhidmatan beberapa pengilang komponen di Jepun, yang kini terjejas teruk akibat bencana tersebut," kata syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kajian tentang iPad2, IHS iSuppli.

Menurut firma kajian itu, komponen-komponen tersebut merangkumi bateri keluaran Apple Jepun, kompas elektronik dari AKM Semikonduktor, kad memori NAND dari Toshiba, DRAM dinamik dari Elpida Memory dan kaca skrin sesentuh dari Asahi Glass.
Firma itu berkata, sebahagian daripada pembekal tidak terjejas dalam bencana tersebut, tetapi mungkin menghadapi masalah logistik dan juga masalah mendapatkan bahan mentah.

"Cabaran yang pelbagai ini bertambah dengan gangguan tenaga elektrik yang boleh memberikan impak besar kepada proses yang rumit seperti pembuatan semikonduktor.
"Isu-isu ini berlaku ketika Apple sedang giat meningkatkan pengeluaran iPad 2 bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi berbanding bekalan komponennya," tambah IHS iSuppli.

Bagaimanapun, sebahagian daripada komponen tersebut boleh diperolehi dari tempat lain seperti kad memori NAND dari syarikat Samsung Korea Selatan dan Micron Technology di Amerika Syarikat (AS).
IPad 2 mula berada di pasaran AS seminggu lalu dan akan dipasarkan di negara-negara lain pada 25 Mac ini.
Apple minggu ini mengumumkan, pihaknya terpaksa menangguhkan pelancaran iPad 2 di Jepun berikutan bencana tersebut. - AFP. source


kalau suke , like la ;p

5 comments:

mykhalis said...

sangat stuju beli gelang...khalis kalau wife mintak beli emas ok je,,tapi kalau kasut ke..hbag ke..mmg tak mau

yuyu jannah said...

mykhalis ;
pelaburan masa depan kan?saya sejak belajar lagi , lepas dh faham nilai emas untuk masa depan.mmg kumpul duit nak beli mas.main kutu pun buat beli brg kemas..

mommylavender said...

yup jannah emas sekarang makin melambung tinggi harga nya n tak mungkin akan turun harga..pelaburan yg bijak..tapi kat encik somi pandangan die orang lain~heee..kite pumpuan kan bijak melaram sambil melabur...

chentaNUYU said...

nak emasssssssssss nak emassssssssss nak emassssssss jugak hehe

Puan Kutu said...

emm betul iphone buat ape.klu emas pun tak minat jugak..hehe tp better gelang la dr bnda yg cpt rosak pastu makin berkurang nilai.entah2 tak bernilai lgsung klu dh rosak..