Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

February 24, 2011

wish list mak jenin

takde angin sepoi sepoi bahasa, takde ribut kencang mahupun angin lintang. Tapi secara tiba2 Puan blog teringin nak buat wish list. pastu sibuk nak post kat sini.. itu la, sapa suruh berhenti keje. kang dh bosan tahap hebat sekali. oke, back to the topic. walaupun new year dh lama lepas, CNY pun sudah meninggalkan kita. ttp nk buat wish list juga.

 wish list 1
nak jadi seorang isteri yang solehah dan disayangi suami
- sbb setiap hari asyik bangun lambat pastu hanya sempat sediakan segelas air suam sepesel untuk suami sebelum dia pergi kerja.
-pastu asyik masak lauk sama je setiap hari, kadang2 masak kat kedai je..(teruk kan )
 
wish list 2
nak kumpul duit  banyak2 untuk masa depan atau dengan erti kata lain, xnak boros dah.
-ssh sikit sbb mmg dah tertulis dalam diari hidup "hobi: shopping". ada sape tahu mcm mana nk delete hobi tu?ssh la..pakai liquid jenis paper mate langsung x berkesan.

wish list 3
harap sangat dapat ada rumah sendiri sebelum umur 30 tahun
-ye la, duk menyewa je..mcm membazir je kan.baik kumpul sikit2 buat beli rumah..
x kisah la rumah tu kecik ke besar ke, janji selesa untuk kami sekeluarga.

wish list 4
tahun depan, by hook or by crook kena dapat keje tetap.
-asyik keje kontrak je..ssh la mcm ni wei.. sbb sewa rumah, bil utiliti, ansuran kereta, makan minum, bajet shopping sume adalah tetap.bukan kontrak
-lagipun kesian hubby kena galas tanggungjawab ni sorang2. apa salahnya aku yang mampu dengan tulang empat kerat (empat je ke tulang aku) ni, menolong apa yang patut kan. boleh eratkan lagi hubungan kami.eh, xde kena mengena..

wish list 5
nak jadi seorang ibu yang mithali.
-wihaa, mst la kan.semua pun bercita2 mcm ni. kalau boleh hari2 nak masak spesel untuk suami dan anak2, nak kemas rumah, hias cantik2 biar diorang rasa seperti berada di dunia kayangan.padahal dalam rumah je...hebat tak angan2 mak jenin? jangan tiru aksi ini sendirian ok.

ok, cukupla 5 je.sbb tiba2 je rasa mcm merepek je wish list haku ni..
kalau suke , like la ;p

8 comments:

E K A said...

amin.insyaalah segala wishlist tu akan tercapai

Jaslin Jamaludin said...

kelakar bila baca typing oqe ganu.
"itu la, sapa suruh berhenti keje. kang dh bosan tahap hebat sekali."
sebab secara otometik, 'kang dh bosan' dah jadi 'kang dh bosang'.
isk..

neways sis, semoga SEMUA wishlist sis ni menjadi kenyataan. sbb wish yg no.3 tu leen pun ada terpasang jugak dalam kepala otak ni. pfft!

___Mrs Suhaidi___ said...

inshaAllah....niat tu penting...pastu usaha...all d best to u...

nuruljannah sukhri said...

eka ; amin ..harap2 mcm tu la..kena banyak berusaha dan berdoa

nuruljannah sukhri said...

leen ; meh kita kumpul duit dengan HB la..mana tau boleh bayar muka rumah..ehehe

nuruljannah sukhri said...

mrs suhaidi ; ye la, niat tu penting..lagi penting kena disusuli dengan usaha yang berterusan...

zatil said...

mana ader merepek lah yuyu..
bagus lah..wishing u the best in life!!!

nuruljannah sukhri said...

thanks kak zatil