Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

February 25, 2011

perkembangan kandungan semasa 6 bulan

masuk hari ni, kandungan saya dh berusia 23 minggu 5 hari. Rasa sekejap je, macam baru je semalam buat UPT test. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga atas anugerah yang tak ternilai ini. Setiap hari rasa tak sabar je nak tunggu baby ni keluar. harap2 semuanya selamat nanti.. Jeles gile tengok kawan2 blogger duk bercerita hal anak-anak mereka.. Tunggu la nanti..hehe..muak la korang baca blog ni sbb asyik cerita pasal baby je.. 


Tadi saya study sikit pasal perkembangan baby dari minggu ke minggu ni. Hasil yang diperolehi , ini la..


semasa kandungan mencapai usia 24 minggu yakni 6 bulan, panjangnya adalah sekitar 23sm.. lebih kurang pembaris panjang la kan?  dan ukuran kepala baby adalah sesuai dengan tubuhnya. Saat detik ini, janin akan terlihat sama seperti bayi yang bersedia untuk dilahirkan , tapi lebih kecil dan kurus. 


paling best masa ini kita dah boleh mendengar degupan jantung bayi. letakkan tangan di perut sewaktu berbaring, dup dup, dup dup.. itulah degupan jantung bakal pemimpin negara suatu masa nanti.hehe . Pertumbuhan otak sangat cepat pada usia ini. jadi, kita sangat di galakkan berinteraksi dengan baby, seperti membacakan surah2 yasin, maryam dan apa apa saja surah. selain itu, bagi yang mempunyai suara merdu bak kakak tua, bolehla menyanyikan lagu2 yang comel untuk si kecil di dalam. Dan anda semua akan merasakan tindak balas si kecil..Dia akan shuffle dan menari2 tanda gembira. Hebat kan ciptaan Allah.Subhanallah..
Bagi mereka yang sangat rajin, boleh la baca bedtime stories untuk si manja kat dalam..ajak berbual2..sesungguhnya si manja anda seronok mendengar nya. tapi kalau mamanya malas mcm saya ni, sempat borak2 manja je la..x sempat nak bedtime stories sbb mama dh krohhhhhhhh....teheee


ok lagi, masa ni kulit bayi masih nampak keriput ( mcm x licin lagi) kerana kandungan lemak di bawah kulitnya tak sebanyak masa dia lahir nanti. Namun, wajah dan tubuhnya secara keseluruhan boleh dikatakan akan sama sewaktu dilahirkan nanti. Tapi semua ni kuasa tuhan, Kun Fayakun...


apa lagi, jum la pergi scan tengok baby kita ni..mirip siapakah si manja ku ini..hehe. kalau x mirip mama mst mirip ayah la kan..


ada lebih kurang 114 hari lagi..cepatla berlalu wahai masa..


saya dh buat tabungan untuk simanja. Kamu dh?kalau belum klik banner bawah ni dan join la




kalau suke , like la ;p

5 comments:

Jaslin Jamaludin said...

114 hari lagi sis. tingat dulu-dulu. duk buat countdown nak kawen. hee. bace surah banyak2 naa. surah yusof. semoga akhlak nye pun nanti cantik macam nabi yusof. insyaallah.. :)

queen aida said...

bestla psni bole cite psl anak plk..mu join kelab blog mama la psni hehe

nuruljannah sukhri said...

leen ; ye la, bila countdown ni mmg teringat masa dulu2..seronok je countdown nak kawen..baik puan leen, sis akan rajen baca surah yusuf..mudahan anak nanti hensem dan baik budi pekerti seperti nabi yusuf

nuruljannah sukhri said...

QA ; teruja sgt,,baby ni x sabor nk jumpa auntie QA..

queen aida said...

hehehe...nnt hero kua..kene main kejr2 ngn hero plk