Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

January 23, 2011

kepentingan menjaga gigi anak kecil

hari ni saya nk share maklumat yang saya dari encik google, yang saya anggap satu info berguna untuk para2 ibu, mama2, baby sitters, papa2 atau kakak2 yang mempunyai adik kecik yang baru tumbuh gigi.biase sangat kita tgk budak2 yang , "alahai tomeynye dia pakai baju gown merah jambu, dengan rambut tocang." tp bile je dia sengih, mak aih...kalau gigi hantu mak limah.hehe, melampau.jadi sebagai langkah awl untuk mama2 di luar sana, buleh la cuba tips di bawah ini ok.selamat mencuba.





KEBANYAKAN ibu bapa memandang remeh penjagaan gigi anak-anak. Justeru, tidak hairan apabila gigi susu yang sepatutnya mula longgar pada usia enam tahun mengalami kerosakan dan terpaksa dicabut seawal usia tiga tahun.
Pembentukan gigi bayi sebenarnya bermula di peringkat janin. Oleh itu, pengambilan makanan ibu terutama kalsium ketika hamil sangat penting dalam mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri.
Mitos setiap kali hamil ibu akan kehilangan sebatang gigi atau gigi reput tidak benar dan boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang betul.
Ketika proses menyusu,, selepas bayi selesai menyusu, lapkan batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut.
Ini bagi mengelakkan sisa susu tertinggal dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.
Gigi susu tumbuh pada usia enam bulan. Set gigi susu lengkap hanya akan muncul pada usia dua tahun setengah.
Ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.
Perlu disedari di bawah setiap batang gigi susu ada gigi kekal yang akan tumbuh mengikut masa yang sepatutnya.
Sebab itu penjagaan gigi susu penting supaya tidak rosak kerana akan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan baik.
Apabila gigi kekal tumbuh tanpa panduan gigi susu, ia tidak akan tumbuh dengan kedudukan yang baik.
Ia antara punca kedudukan gigi yang lintang pukang dan tidak cantik serta memerlukan bantuan pendakap gigi.
Oleh itu, untuk mendapatkan gigi yang cantik, penjagaan dari peringkat awal adalah penting.
Ajar anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh lakukannya bersama anak mereka.
mamamama semua, mst xmo kan gg anak2 yang comey momey tu buruk kan??jadi apa tunggu lagi...

kalau suke , like la ;p

No comments: