Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

August 5, 2011

rezeki 2 ramadhan l antara gembira dan sedih

salam 5 ramadhan sume sekali. ;) mcm mana pencapaian puasa anda semua setakat hari ni?hihi..dh mcm cikgu tadika pulak haku ni..ok setop setop..


lama kan yuyu x update..hafiz pun dh 2 bulan lebih.kejap je rasa..banyak benda baru yang yuyu lalui..hari2 yang yuyu lalui menjadi lebih bermakna dengan kehadiran hafiz tersayang ni.
x tidur malam pun xpe, xde rasa nak marah, penat pun hilang bila melihat keletah hafiz.
sepanjang masa, siang dan malam mmg x pernah jauh dgn budak kecik ni.sbb tu pyh betul yuyu nk update. yuyu kan penganggur terhormat...tapi...........


yuyu kena kerja jugak.yuyu ada banyak lagi tanggungjawab nk kena buat.jadi terpaksa la yuyu meninggalkan hafiz kesayangan ni beberapa jam setiap hari. beberapa jam?kalau ofis hour 8-5 dah 9 jam..aduila, mcm mana ni???? huhu..ada x mana2 company  yang benarkan ibu2 membawa anak ke pejabat? atau pilihan lain, kerja sendiri? jual bege depan rumah sambil dibantu muhammad hafiz? atau buat kuih dirumah sambil menguli anak sendiri?
hurm hurm hurm.. semua tu mcm mustahil..


eh tapi mcm dh dpt keje je gayanya budak yuyu ni. ye ye je. sbenarnya mmg yuyu dh dpt keje.mcm dulu2, sebagai guru GSTT. nmpk tajuk di atas, ni yuyu nak kaitkan dgn cerita yuyu dpt keje ni..di suatu petang 2 ramadhan, yuyu dikejutkan dgn panggilan dari JPN yang mengatakan "anda menang poweroot"!! eh x, yuyu dioffer untuk menjadi GSTT untuk kesekian kalinya.tanpa berfikir dulu baru buang, yuyu dgn lahapnya, terus terima tawaran tu.alhamdulillah, syukur padaMU ya ALLAH, yuyu masih diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa walaupun hanya sebagai GSTT.dan ada juga rezeki yuyu dan suami dan hafiz untuk berjoli katak lepas ni. dengan itu, yuyu dipaksa menghadiri taklimat pada 7 ramadhan bersamaan 7hb8 ini di bilik mesyuarat smk tengku bariah kuala terengganu. tup tup..bunyi talian diputuskan.


yuyu mcm tersedar dr mimpi yang lena, dan kepala yuyu semakin berat, seolah2 dihempap kondominium mewah. bermacam2 permasalahan timbul di benak kepala yuyu
"kenapa taklimat di kuala terengganu?kene mengajar di sana ke?"
"mst kena sewa rmh"
"suami keje sini?"
"macam mana anak kecil ku ini?
"bwk sekali ke?"
"tp masa g school sape nk jaga?"
"mst umi suh tgl dgn umi, xkan dia nk bg cucu ksygn dia ni org lain yang jaga"
"mcm mana pulak dgn bf journey yuyu?"
"nk topup fm ke?"
"x sanggup"
"tapi xkan nk biar anak lapar"
"sbb milk prdction yuyu x mewah mcm org lain"kais pg makan pg ..blablabla
"ongkos lagi, nk menyediakan peralatan ebm kalau menyewa nnt.nk beli peti, cooler bag dan lain lain lagi"
"ke nk tolak je tawaran ni?"
"tp sape nk bantu ringankan beban suami?
"tabung bersamamu?" eh, seryes la yuyu


huwaaaaaaaa


dan mak yuyu terus ckp
"beli susu tepung la nnt" 
"ajar minum dulu"
"nnt senang"


huwaaaaaaaa kali ke dua


dengan keimanan yang setebal kulit bawang ni, yuyu akur jika hafiz diberi FM, yuyu rela, tp berpisah dgn hafiz?tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk. mcm mana ni?


sekarang masih berdoa dan mengharapkan ahad ni, yuyu di beri kemudahan, dpt sekolah area kemaman je..boleh sentiasa peluk cium hafiz.amin


dan dengan semangat yang diberikan kwn2 KIM, yuyu mula mengepump untuk dijadikan stok.tp hasil masih x memberangsangkan, yuyu x nk putus asa..yuyu yakin DIA sentiasa ada bersama yuyu..


sebelum yuyu mengundur diri,
meh tlg yuyu klik tabung raya yuyu meh,
murah rezeki dan pahala korang ;)
teheeeee


lots of love,
yuyuyiyiyekyek.


http://says.my/nuruljannah/bas​kin-robbins-super-swirl
http://says.my/nuruljannah/cel​com-usb-modem
http://says.my/nuruljannah/pro​ton-raya
http://says.my/nuruljannah/LTR​-MV
http://says.my/nuruljannah/dou​blemint-
http://says.my/nuruljannah/cla​rins-serum





milk booster ku











kalau suke , like la ;p

12 comments:

mRsFirdxora said...

ila dulu masa cuti dlm pantang mcm ni jgk ila pikir, susu tak byk, takut nak tinggalkan pada org jaga mia, tapikan alhamdulillah, walaupun susu tak byk tp cukup utk keperluan mia sepanjang hari dia kena tinggal kat umah pengasuh...so don't wory yuyu...susu yg ada tu cukup utk baby kite..pikir positive jek...

MyRule said...

OOo..dear..tahniah. Ader rezeki baby.

Apa2 pun, fikir terbaik utk baby tau.

Pk segala segi tau..Untuk kebaikan bertiga.. :)

mommie yuyu said...

mrsfirdxora ;
tx ila.yuyu cuba mengepam ni..dulu paling byk pun pam sekali je sehari..skrg yuyu nk pam lebih kerap..harap2 mmg rezeki hafiz untu dapat bf for at least 6 bulan

mommie yuyu said...

myrule;
tx myrule dear.tu la, rezeki muhammad hafiz.yuyu tgu ahad ni, mtk2 dipermudahkan segalanya..ssh nya nk buat keputusan

ciNDerella stRikEr said...

tahniah yuyu.. kadang kala ketentuan Allah ni tersirat pelbagai hikmah. teruskan mengePAM ye. hehehe

MyRule said...

Yuyu... Aper2 pun disscuss with hubby and family ya.. Kalau jauh still boleh BF baby..I doakan semoga dipermudahkan urusan U.. :P

JIVEBUMZ said...

yuyu,
jgn sesekali pk susu tak cukup.. sentiasa berusaha n berdoa insyaallah ada rezeki untuk baby hafiz.. akak pon selalu berdoa mudah2an byk ler susu nie maklum la bulan posa nie tak dapat makan n minum mmg kureng sket la production tapi still ada... alhamdulillah :)

Maznie Omar said...

Alhamdulillah, murah rezeki baby... Owh cutenya baby hafiz.. Manis lak tu senyuman dia.. Good luck yuyu, moga segala urusan dipermudahkn. :)

izyan asimat said...

yuyu..congrats...insyaallah ada rezeki hafiz utk fully bf... yan seminggu sblum raya da masuk keje..mak suruh tinggal..lepas raye bru bwk bby..ni tgh berhempas pulas sempn stok EBM.. pg production ok..msuk ptg je da merudum.pump sekali je lps sahur..hrp2 cukuplah seminggu nk tingglkn hannah...huhuh

Fazira Aziz said...

yuyu... dah try shaklee trial pack? do visit akak http://momsmilkyway.blogspot.com/

^effa^ said...

yuyu jangan pikir negatif,. positif je ok.. slalu pikir susu ada tuk hafiz.. anyway ensem hafiz. (kenyit skit)

Puan Kutu said...

setiap masalah ada penyelesaian..tabahlah yuyu.hehe..lama tak menjenguk sini..:)