Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

May 19, 2011

air kelapa

psst psst psst....pagi semua, hari ni dh klik iklan yuyu ke? huk huk.. tlg la klik sekali.. ngeee


korang perasan x, skrg ni cepat je masa berlalu kan?kejap je dh nk hujung minggu.rasa mcm baru je hari ahad.  yuyu kan kat pantai timur, weekend di sini adalah jumaat dan sabtu.jadi bila hari khamis muncul, mmg suka sangat..rasa mcm "eh, dh nak masuk mgu baru". sbb weekend lagi cepat berlalu..habiskan masa dengan suami, keluarga..kejap je dh malam, pastu celik mata dah ahad balik..masing2 start keje balik.. pastu pejam celik pejam celik, weekend balik.. kan ?humppp, faham x apa yang yuyu bebel ni? ;p


hari ni yuyu ada chat dgn sorang sepupu yuyu, mommy to be jg. tapi anak ke dua..dia tanya yuyu, dh minum air kelapa ke belum.. dia cakap elok minum air kelapa bila dah hujung2 pregnant.. dah masuk 7 bulan dh boleh minum.. katanya nanti kulit baby cantik, masa lahir nnt kulit kepala dan badan licin je.. betul ke ni?


kawan2 yuyu pun ramai yang suruh yuyu minum air kelapa.. 
sampaikan ada yang kata, kalau x minum.nnt baby lahir, kulit dia terutama kepala akan nampak berkerak sikit.. pastu ada sesetengah nurse akan bising dan cakap kita pengotor.. sbb yang berkerak tu adalah air m*** suami. jadi salah satu fungsi air kelapa untuk mencuci air tu la.. betul ke ni?


sebabbbbbbbb...


bila yuyu tanya umi, umi kata "umi dulu minum air soya je, x pnh minum air kelapa sbb takut bahaya, lagipun dulu umi duduk kuarters..mana ada pokok kelapa"
tapi yuyu x tanya la umi samada kitorang dulu lahir kepala berkerak ke x..hehehehe.. segan la.. tapi skrg ni dh besar2 ni, bila rasa kulit kepala, x berkerak pun..kuikuikui..


itu cerita umi yuyu.. korang mcm mana pulak?minum x air kelapa masa pregnant dulu?


sebulan sebelum yuyu pregnant tahun lepas, bulan 9.yuyu terlewat period dalam 3 hari.masa tu raya..yuyu demam teruk, sampai muntah2..mmg loya x gile, kejap2 nk muntah..masa tu yuyu kat kg suami. 1st time raya, kena buli..kena raya kg suami dulu..sobsob..eh , dh lari tajuk pulak..
yuyu ni mmg jenis period tetap..jadi bila lewat tu boleh menimbulkan syak wasangka la kan.. yuyu dgn suami mmg dh sengih2 dh ni.. tapi MIL pulak, suruh yuyu minum air kelapa..katanya, kalau minum air kelapa cepat kebah demam.. dan, x sampai 5 minit yuyu minum air kelapa tu, perut jadi memulas2, mcm nak period..terus berlari g tandas.. dan ye, mmg keluar darah..sedih wooo.. tapi yuyu x salahkan MIL, dia xtau masa tu yuyu terlewat period dan yuyu pun xtahu air kelapa tu tajam kalau baru2 pregnant..
nasibla bulan depan tu lekat...alhamdulillah.. lepas tu, yuyu mmg beringat la, semua benda yuyu pantang makan.. 


jadinya, hingga ke hari ni..yuyu x berani nk sentuh air kelapa..mcm mana ye?perlu ke minum air kelapa ni..



kalau yuyu nak minum air kelapa, anytime je boleh, sbb belakang rumah ada pokok kelapa.. cukup sangat kalau yuyu nak minum sebijik sehari.. tapiiii....... yuyu masih ragu2 ni..kalau x perlu, xmo la minum..
kalau suke , like la ;p

22 comments:

Atiqah Adnan said...

hihi kecik2 dulu selalu gak dengar kepala berkerak.. tapi kejap je pun pastu dah licin daa.. takde laa sampai ke tua berkerak dear yuyu.. ^^

qa suke minum coconut shake.. kadang minum air kelapa suam.. tapi ramai juga cakap air kelapa berkhasiat for bb n ibu..

patut laa yuyu takut nak minum.. sbb mmg betul air kelapa baik tuk kebahkan demam..

takpe dear.. x minum pun takpe kot..

mr.s mi-G said...

emm..kite pon dgr mcm tuh..klu minum air kelapa kulit baby cantik sedap air kelapa tu boley bersihkan kulit baby..mak kite and MIL pon suh minum..lgpon akak kite dlu ade xperience minum air kelapa time pregnant. mmg kulit ank die cantik.xbersisik. so, kite skang pon mmg minum air kelapa tiap2 hari. asl balik keje mesti singgah beli air kelapa..hehe..org ckp air tebu yg tajam. xtau la klu air kelapa pon tajam. tp alhamdulillah kite minum takde pape.. =)

Mama Kembar Tiga said...

ntah laa yuyu, mama sampai beranak tak brani nak minum air kelapa. tp mmg banyak minum air soya, cam ketagih je time tu hehe

shareeda said...

yg saye tahu, air kelapa ni mmg tak elok minum mase awal2 mengandung..tajam..

tp bile da masuk 7 bln ke atas tu, elok minum air kelapa byk2..nnti mase beranak tu kulit anak bersih..takde darah2..

skrg pon mmg pntang jmpe air kelapa fresh..msti singgah beli! sedapppnyerr! =) saye beli yg tak cmpur ais/air gule..

mykhalis said...

nak kena tanya orang rumah nie..wahahha..malu la baca nie..

ally said...

yuyu, me pulak, sgt la bernasib baik..mmg rezeki kot..ms mula2 preggy dulu, xtau pon air kelapa tu tajam, mmg bantai minum hari2..balik keje je singgah beli..mujurla x jadi ape2..bila tau terus stop...sampaila kandungan 6 bulan, dah start minum balik..tp kuantiti sikit2 dulu..n mmg pulun minum byk masa dah 8-9 bulan..xtau la teori kerak2 tu berkesan ke x..tp my baby ada je kerak darah tu, lekat2 kat rambut dia..5 hari lepas bersalin br kerak tu hilang..

yuyu jannah said...

atiqah ;
yuyu xtau nk minum ke x ni..hmm fikir2 lagi.kalau tanya hubby, katanya x pyh minum

yuyu jannah said...

belle ;
sedap kan air kelapa..tp yuyu mmg boleh tahan..biar la tgk org minum sedap mcm mana pun..yuyu mmg xkan terliur..

yuyu jannah said...

mama kembar 3 ;
sama mcm umi yuyu la..dia pun minum air soya je..kat rmh yuyu ni pun ada jual soya segar..mmg senang je kalau nk minum..singget satu plastik, boleh dpt 2 gelas

yuyu jannah said...

shareeda ;
awk dh minum eh?hmmm yuyu tgh kompius nk minum ke x ni

yuyu jannah said...

mykhalis ;
hahaha, pegi tny org rumah..nnt mst dia ckp, ni sape tanya ni??haha

yuyu jannah said...

ally ;
ye la, x semua org sama..ada org mmg jenis kuat perut dia..mkn nanas pun oke je..ye la kan, berkerak2 pun hilang jgk nnt..

AJ the Mommy said...

I dah start minum air kelapa ni. Awal2 dulu je tak minum sbb orang kata tajam. Masuk 7bulan, pantang pegi pasar malam tros minum. hehe

Pya said...

minum je yuyu. air kelapa mmg elok utk kandungan yg dah 7 bln ke atas. awal2 je tajam. org tua2 kata air kelapa blh bersihkan air ketuban. Pya pun bantai je minum. tp lately kat kg tak minum dah sbb tak jumpe buahnye. pokok byk tp sume tinggi2. huhu...

fiza said...

hai yuyu..fiza ada juga dgr psl khasiat air kelapa nie..hubby fiza dlu ms mla2 pun mn bg minum kelapa tapi skrng da bg la..tp xleh byk2 la sbb fiza nie ada AVM(sakit berkaitan saraf dan urat) so klau minum byk mau fiza tak leh jln..tapi byk org ckp when da 7m ke atas da boleh minum da. Kalau yuyu still takut minum soya pun ok..

Princess Cindellyna said...

Sy xminum pun air kelapa dlu.. tp Alhamdulillah Amani lahir cantik je kulit.. xde la bersisik2 ke apa.=).

My mom kata air kelapa mmg elok untuk bersihkan kulit baby. It depends la kalau yuyu nk minum, kalau xda alahan bleh la minum.

Org kata air kelapa gak bertindak macam selusuh. memudahkan bersalin. dlu2 saya pkai minyak kelapa BIODEX sebagai selusuh.itu je sy tau. hihi

mysara said...

yuyu.. air kelapa tu tajam ke? hoho mama xtau pun.. mama bedal semcm je.. mmg feberet mama air kelapa time preggy neh.. Alhamdulillah xde ape2.. tp mama penah dgr gak org kate klo minum air kelapa nnt kpla baby bersih xtau le ye ke x... tp air tebu mmg mama xminum... tajam mak kate.. tp teringin ya amat nk minum..huhu

Puan Kutu said...

ok jerklu nk minum yuu tp jgn byk la sbb betul air kelapa nie tajam..mmg pernahdgr org kata minum kelapanti kulit jadikcantikn bersih tp mgkin tu mitos jer sbb tak dpt nk pastikan kesahihannya..sy tak minum air kelapa pun kulit ank cantik jer!keke..yg pntg bykkan vitamin c,mkn buah n minum susu dh ok dah..

Misz-ella said...

sedapnya air kelapa. panas2 ni kalao dapat syiok nih.

Unknown said...

begitu la kate orang dulu2..mommy soya minum air kelapa pun minum gak...heee. lagi satu makan buah delima....elok untuk otak n mate anak...elok masa awal kandungan.

Zatil said...

Ermmmm..tidak juga yuyu..yg elok amalkan lots of fruits n vege..utk kulit anak bersih n sihat..akak 3 baby x minum kelapa pun alhamdulillah x de pun kerak kat kepala tu..tp akak mmg suka soya n 100plus utk tetiga pregnancies :)

Klu yuyu rasa nak minum, x pe minum je tp bersederhana..

Anonymous said...

baik la yuyu minum sblm bersalin ni, nanti dah bersalin dah tak leh minum,
kena berpantang setahun,
org tua2 kata takut peranakan kembang, tp tak tau la btl ke tak..
tp memang azab la nak berpantang terutama bulan berpuasa..aduss cair iman. so, sementara belum bersalin bedal je ..