Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

April 3, 2011

nenek

dua hari mcm tak cukup je untuk balik kg jenguk nenek yang sakit dan sedang dirawat di ICU. tp atas tuntutan lain, aku terpaksa juga balik ke kemaman. tinggalkan nenek di trg, di hospital, sepi.. sedih tgk keadaan nenek yang terbaring di katil, dengan wayar berselirat...

Ya Allah, kau panjangkanlah umur nendaku, kuatkanlah semangat nya untuk terus berjuang. aku masih belum puas bermanja dengannya. aku ingin sekali punyai masa yang panjang untuk aku ulang balik masa-masa aku dapat memandikan nenek, suapkan makanan, dan urut kaki nenek seperti dulu..

nenek dah lumpuh hampir 10 tahun selepas terkena angin ahmar. tapi nenek masih kuat. nenek gigih buat terapi untuk berjalan bbrp tahun lepas. tapi usaha nenek gagal sbb tulang2 nenek dh x kuat.. 

Sekarang aku cuma mampu menggosok tangan, dan kepala nenek dengan berhati2 kerana terlalu banyak wayar, mesin2 yang di sambung ke badan nenek.. aku dh x mampu nak cium pipi dan dahi nenek seperti selalu.katil kat wad ni tinggi. wayar pulak di merata2, di hidung, mulut, leher, dada, lengan.. Ya Allah, . aku xnak nenek sakit bila aku pegang dia lama2.. nurse cakap tulang2 nenek dh x kuat. kena pegang perlahan2.. air mata nenek sentiasa mengalir.. aku tahu nenek sakit..


jumaat lepas, keadaan nenek semakin kritikal, paksu cuba berbincang dengan doctor, jika lebih baik hentikan bantuan oksigen.. kami semua memilih jalan tu sbb x sanggup tengok keadaan nenek yang tercungap2 bernafas dengan bantuan oksigen..

tapi alhamdulillah, nenek kuat dan masih ingin bersama kami. setelah bbrp org doktor lakukan pemeriksaan, nenek jadi semakin pulih.bantuan oksigen dikurangkan sbb nenek dah mampu bernafas sendiri.. syukur Ya Allah...

tapi hari ni aku dah berada di Kemaman.. aku x dpt melawat nenek pukul 1 petang nanti..aku dh x dpt usap kepala nenek....

"nenek, nenek kena kuat ye..nanti nurul dtg lawat nenek lagi.. nenek cepat sembuh, kalau nenek dah sembuh, nurul bwk nenek jalan2 kat pantai.."
kalau suke , like la ;p

1 comment:

Rosie Rose said...

insyaAllah... kite doa yg baik2 je ye utk nenek yuyu tu. ameenn!