Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

March 22, 2011

Wanita Solehah

Malam tadi, masa tengah mengajar tusyen..tiba2 mulut ni mendendangkan lagu impian kasih -inteam..tapi dalam hati je la..


"Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga"

Tiba2 jadi sayu je hati..Kenapala aku ni tak berusaha menjadi wanita solehah?? Islam ni dah bagi macam2 cara mudah untuk ummatnya melipatgandakan ganjaran pahala. Tapi aku ni, masih jugak lalai dan tak cuba rebut semua tu.. Teringat pulak kat umi dan abah, encik suami.. aku dpt bygkan apa yang mereka semua perolehi jika aku berjaya menjadi wanita solehah.. Hmmm.... Ya Allah, bukakanlah hati hambamu ini untuk mengikuti segala suruhanMU dan meninggalkan segala laranganMU. Amin.. jika aku dapat buat dua benda ni pun dah menjadikan aku seorang wanita yang solehah.

tengok sikit apa hasil google 


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita. (source)

wanita solehah
sentiasa tenang jiwanya
lantaran sentiasa membesarkan Tuhan di dalam solat
dan sunnah Rasulullah jadi jalan kehidupannya, 
menjadi akhbar dan hiburan
janji janji Allah , jaminan ketenangan buatnya
sumber jiwanya beroleh kekuatan
agar sabar menentang musibah





Impian Kasih - In Team


Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih
kalau suke , like la ;p

6 comments:

Sweetie Pie said...

tersentuh ...

mommylavender said...

syahdu.....

Zatil said...

Thx mengingatkan yuyu..

yuyu jannah said...

QA :
aku pun terfikir2 sejak semalam

yuyu jannah said...

mommylavender dan zatil ;

semoga kita semua menjadi wanita solehah..amin

Chu Lyen said...

ermm..wanita solehah dicemburui oleh para bidadari..even,lelaki kn dpt bidadari,wanita/is3 solehah ttp ketua..so kite jg bley jd secantik bdadari..insyallah..dgn jln ptunjuk allah