Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

March 30, 2011

sembahyang sambil duduk

hari ni saya ada sedikit persoalan yang memerlukan jawapan bagi mereka yang boleh membantu atau memberi pendapat.

kesahnya ...

sejak dua tiga menjak ni, saya ada masalah sikit bila sembahyang.. yang masalahnya tu cuma tang nak sujud tu.. mmg tak dapat nak sujud betul mcm ikut cara2 dan tertib sembahyang yang betul. terpaksa buka sikit kaki bagi laluan kat perut ni.. kadang2 terfikir jugak, xpe ke sembahyang mcm ni? 

itu satu hal, bila dan sujud dan duduk antara dua sujud, nak bangun balik mmg memerlukan bantuan katil kat sebelah untuk dijadikan tongkat atau penahan untuk bangun semula. kalau kat rmh boleh la kan? tapi masalah terjadi bila kat luar mcm kat shopping complex dll. tapi saya ttp sembahyang jugak.. sembahyang kan tiang agama. cuma dalam keadaan yang mungkin org tgk x brp sempurna.

ketiga, bila lepas makan mmg saya x boleh nk sujud masa sembahyang, saya pernah cuba, tapi sakittttt sgt kat perut ni..walaupun makan sebungkus roti atau segelas air je.. mmg x boleh la nak tunduk2.. senak habis perut ni.. terfikir jugak, sakit ke x org kat dalam ni kalau paksa jgk.. jadi kadang2 bila nak manghrib tu, lapar mcm mana pun, me tahan dulu sampai lepas smbhyg baru makan.. waktu smbhyg maghrib kan x lama.. 

jadi sini saya nak tanya..  dalam keadaan ni, boleh x saya smbhyg duduk? adakah saya dikira uzur?

klik untuk lebih jelas. sumber


saya dh jumpa maklumat disini, tapi tetap nakkan kepastian lagi jika ada yang mempunyai pengalaman yang sama.


info tambahan ; saya mmg ada masalah pernafasan dari kecil lagi.ini pun mungkin mempengaruhi saya cepat mengah bila perut dah besar ni.
kalau suke , like la ;p

9 comments:

mRsFirdxora said...

samale, bila time sembahyang cam rasa tak kena jek bila nak sujud tue..kdg terpikir gak diterima ke solat kite nie..ntahle redha je le..dah perut mkin besar...pastu bila nak bgun dr sujud tu mcm apa ntah..kalau de benda leh capai utk pegang bagi leh bgun..

Puan Kutu said...

Emm nk bg penernganbpun tak pandai sgt.nti slh pulak..tak berani...yuyu kna tnyaorg yg lebih arif..:)

ally said...

yuyu, me pon x berani nak komen..hehe..takut ape yg sy praktikkan tu slh, dah nambah dosa lak..tp sy pernah g bengkel solat, kalo pregnant n ada certain rukun solat tu kita ssh/agak payah nak ikut, kita leh solat duduk..yg penting nawaitu kita nak solat tu kerana Allah..InsyaAllah, niat yg baik, balasannya juga baik kan?

yuyu jannah said...

mrsfidora ;
tu la, kat rmh xpe.mmg smbhyg tepi katil. boleh la pegang untuk bangun.tp kalau kat surau, adui...

yuyu jannah said...

puan kutu ;
yela, kan.kena silap jawab tambah dosa kita.yuyu takut tu la,nak mandai2..baik tny

yuyu jannah said...

ally ;
thanks share..yuyu cuba tanya ustaz la..

mr.s mi-G said...

eh, same lah yuyu..kite pon mengalami mslh yg same time sujud..tp nak bangun dr sujud still boley lg..xdela smpai perlu bantuan sokongan..better yuyu mtk penjelasan ustaz.. =)

zaza love zuki said...

ermm jannah zam pun pernah preg...tp xpernah mgalami sakit atau senak...alhamdulillah solat bjln gan lancar....sujud pun bukakn kaki sedikit...ikut upayaan kita..lagi kt leh solat berdiri elok berdiri...lau rasa dh x bleh sgt tu...boleh lah solat duduk...smpi 9 bln pun msih ok...bkn ker semasa kt bsolat tu satu senaman juga bt kita....

Zatil said...

Yuyu, err akak pun x berani nak kata mana betul..tp every pregnancy, mmg saat2 akhir tu akak sembhyang duduk je..yg penting niat di hati..insyaallah..