Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

February 28, 2011

Isnin mmg penat mcm ni ke?

fuh, kenapa hari ni aku mcm bz sangat. mengalahkan seorang pembantu am di pejabat2 insurans. keluar masuk bank, pergi pejabat pos, panjat bangunan A, turun bangunan B.FUHHHHH...lepaskan kahak tekanan di dada jap. letih sangat.titik

pagi2 tadi bangun je, baru nak memanjakan diri kat depan cermin, abah dh ketuk pintu bilik. "kakngoh, tolong iron baju abah jap, abah nok g amik umi" ( my mom tdo kat hospital temankan adik lelaki yang admitted dr semalam). Pehtu suami ku yang hensem pulak hulur coverall keje dia untuk di rebondingkan..(iron jugaaa). ok siap. rutin wajib setiap pagi, sediakan segelas air suam spesel untuk suami sebelum dia ke opis. vroooommmm bunyi motor suami pergi meninggalkan perkarangan rumah. 

rutin tetap jugak.masuk bilik on PC. terus taip blogspot.com. jalan2 skit, cuci mata sebijik dua blog bertuah. pastu teringat rumah belum sapu lagi. Nanti dtg budak2 2 org tu, ssh pulak.. zuppppp sepantas kilat bangaun dan capai penyapu.. Setiap hari lepas menyapu satu rumah mst terasa mcm baru lepas jogathon 1000km. oh tipu tipu.

baru nak bersantai2 dan meluruskan tulang belakang, teringat ada lagi bakul2 yang di bawa dr rumah sewa hari tu belum siap kemas.. buat skrg la. asyik tangguh je, amalan x baik. 3 bakul brg2 siap di kemas.. kring kringggg.... adik lelaki pulak call suruh my mom hantarkan breakfast untuk dia. mengade betul, makan je la apa yang hospital sediakan. mentang2 sakit, mintak mcm2 pulak. 

trus mandi dan make up sehabis cantik.hehe, padahal pakai bedak debu johnson je. terus hntr my mom ke hospital. plan hari nk g settlekan semua pembayaran. tapi teringat HP terpadam sbb out of battery. hampeh. semua no. akaun ada dlm HP. patah balik rumah, teringat charger hp hilang.. singgah bandar jap cari charger HP. ok jumpa. balik rumah terus cas hp smbil layan blog. addicted sungguh.

time tu dh pukul 11 lebih. dlm pukul 11.30 lepas aisya (budak yang my mom jage) g skolah, trus siap2 untuk teruskanmisi tergendala pagi td. settle kan bayaran2 yang wajib. dh siap bergaya mcm model, wafi (adik aisya) pulak tdo..ALLAH, x smpai hati nk kejutkan.lepak la dulu. mls tanggal tudung dgn harapan wafi x tdo lama.

nak dkt pukul 12, hubby call suh pick up dia. Nk g settle saman katanya. hari ni last day dpt diskaun. dia plak malas naik motorbike. kejutkan wafi dan trus pick up hubby. smpai je kat balai polis..mak aih!!beribu2 lemon manusia. Tapi hubby dgn aku mmg mempunyai dua watak yang berbeza.dia sentiasa cool. selamber je dia ckp "ayang duduk dulu, abg g beratur.." . aku agak2 adalah dalam 50 org tgh beratur untuk cek saman, 100 org tgh beratur untuk jelaskan saman. hai, kayala PDRM.

pkul 2.30, settle jugak. hubby ckp x smpt nk lunch kena masuk opis balik. lepas htr hubby aku balik rmh dulu sbb dh terasa melekit2 dh badan ni. nasib umi dh balik. siap2 mandi solat sume, trus kuar balik. misi utama mst diteruskan.. byr astro kat public bank, bank in duit sewa rumah cimb, byr insurans kat maybank, pergi pejabat pos, byr bil celcom, byr duit kete kat bank islam. Alhamdulillah, sebelum 4.30 ptg, misi selesai. senyum kelat sebab pinggang dh cramp. 

teringat perut belum diisi apa2. kesian manja kat dlm ni. x dapat zat yang berkhasiat hr ni. singgah selera limbong, tp sbb perut dh masuk angin. x lalu makan nasi. maggi sup  dgn horlick peng pun ok. tik tik.. msg masuk. ada kwn bgtaw anakku ada sale 50%. hah!!tidak... makan dengan kelajuan 500km sejam. semangat ni.. byr semua trus gerak pergi anakku. ye, mmg ada banner clearance sale 70%. tapi masuk dalam silau2 tgk, ada 50% je. xpela, semangat masih x terjejas. smbar 3 psg baju lengan pendek. dh plan dh, balik ni kena sorok dr umi, kalau x mst kena bebel.

siap soping trus memecut balik rmh..tgk hubby dh ada kat rmh. tp aku???  x larat gile nk masak. ckp kat hubby.nasib dia faham. dia suh isteri dia ni rehat..sbb malam nye tusyen pulak. baru rehat kejap dh maghrib, siap2 gerak pegi kelas tusyen. 

aduh, penatnya hari ISNIN.. isnin depan janganla penat mcm ni lagi k. Tiba2 menulis karangan 350 patah perkataan secara tidak sedar. maaf ye, tuan tanah menulis ikut apa yang ada dalam kepala. OH bantal, meh sini meh...

klik tabungan manja mama jap



kalau suke , like la ;p

9 comments:

Zatil said...

seronok baca cite yuyu sebelom tido..:) gud nite..n have a gud rest!!

Rosie Rose said...

ouhhh... patutla dia senyap je smlm. busy betul tu.... :) take care ehhh pregnant lady!

yuyu jannah said...

zatil ; keluhan di hari isnin..mmg penat sungguh tu

yuyu jannah said...

rose ; tu la, smpai x smpt nk bw blog kawan2. hari ni mst khatam semua..mcm dpt kepuasan dh jenguk semua blog kwn2..btw, thanks for concerns..

Zana Adieyza said...

adoiiii, zana yg baca ni pun rasa penat inikan pulak yuyu yg alami.. gerenti penat sgt2.. tp apapun, make sure makan on time k.. sbb cian kat baby jugak..

yuyu jannah said...

adieyza ;
mmg penat sgt.tp dh hilang dh lepas dpt tdo mlm td..tula, sian kat baby kalau skip makan..

yuyu jannah said...

adieyza ;
mmg penat sgt.tp dh hilang dh lepas dpt tdo mlm td..tula, sian kat baby kalau skip makan..

___Mrs Suhaidi___ said...

yuyu:05/03/11 ade sales utk member Anakku..jgn ketinggalan! *wink2

yuyu jannah said...

maklumat yang ditunggu2..mekasih mrs suhaidi...