Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

January 19, 2011

bila dh gemuk

tgh pening memikirkan baju yang patut dipakai untuk wedding anak buah suami hujung feb ini.agak mengada bunyinya kan, bukan sengaja mahu menghabiskan duit membeli baju baru.tp hampir semua baju kurung saya sudah ketat di bahagian pinggang.tanpa di sedari dlm masa 4 bulan ini, saiz pinggang saya telah membesar dengan jaya sekali.di tambah pula, dengan saya yang dulunya lebih suka memakai baju kurung moden berbanding baju kurung pesak biasa.skrg saya mulai sedar kesilapan saya itu, nah skrg rasakan.kadang2 saya curik2 cuba pakai baju2 kurung moden tu tanpa pengetahuan suami bila hendak menghadiri wedding kawan2. tapi malangnya, sungguh seperti nangka dibalut dengan kain2 reja.huh.nasib yang sedikit baik kerana saya mempunyai dua helai jubah yang agak sesuai di pakai.tapi......dua2 itu pernah dan selalu dipakai bila balik kampung suami..xkan la saya nk tunjuk yang suami saya ni x mampu beli baju baru kan..asyik pakai baju sama je setiap kali balik kg.
tp sekarang sudah hampir bertemu jalan penyelesaian.setelah berhari2 mencari dan menilik bbrp list o9 shopping.sy telah menemui satu fb o9 shopping yang menjual dress yang agak sesuai untuk saya.

ini pilihan pertama saya.menurut kata owner butik ni, baju ni muat dipakai walaupun perut sedang membesar kerana dari jenis lycra.cuma saya terfikir, nnt melekat kat badan x baju ni?hmmmmm


dan ini semestinya pilihan kedua.
nice je nmpk mcm manis2 gitu kalau dipakai.masih mslh yang sama..sbb saya xmo la pakai yang sangat melekat di badan.nnt kelihatan "makhluk tuhan paling seksi".auch..

seperti mereka2 ini..




tak boleh tak boleh.saya x boleh pakai macam ni.nnt kena piat ngan hubby saya..teheeeee

tgk je la nnt.apa yang akan di pakai.




kalau suke , like la ;p

No comments: