Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

November 20, 2012

Susu percuma selama 2 bulan


Alhamdulillah.syukran jazillan.. syukur sangat2. Semalam masa yuyu tengah lepak2 sambil menjeling assignment yang setia di rak buku, kring kring telefon yuyu berbunyi. Tgk no KL. Yuyu kalau tgk no KL ni selalu dh boleh agak. No KL yang salu call biasanya
  1. Cimb bank nk bgtaw yuyu lewat byr asb loan. Tp yuyu salu byr ontime , masuk je elaun, perkara pertama mesti bayar asb loan dulu. Jadi kemungkinan ni salah.
  2. Celcom call nk bgtaw call dh overlimit. Ni baru sekali berlaku. Sebab yuyu terguna fb sampai seminggu x sign out..akhirnya tanpa sedar bil membesar dengan jayanya.lepas tu insap.
  3. Haaa yang ke3 ni la paling fobia. Agen INSURANS yang kerjasama (konon la, xtahu betul ke x) dengan bank call nk ajak carum insurans. Mmg penat la telinga menadah cerita insurans dorang. Yuyu x kisah sebab yuyu mendengar dan yuyu dah ada satu jawapan yang pasti. "SAYA BELUM BERMINAT LAGI LA." Tapi yuyu x sampai hat ink dengar suara kecewa diorang, kdg2 rasa bersalah pulak sbb x dpt membantu.tp nk buat mcm mana, yuyu mmg x berminat. Insurans PRUBSN pun dh hamper setahun yuyu terminate sbb dgr byk sgt tricks.. skrg tgh study pasal AIA takaful.sounds interesting. <)
  4. Hmmm tu je la kemungkinan yang ada.. jadi mmg yuyu yakin panggilan dari egen insurans.

 

Yuyu jawab la dengan suara yang mcm kelam kabut skit.konon-konon yuyu tgh dalam kelas.. (keji kan perbuatan ni).
Yuyu :Halooo
Dia :Haloo boleh saya bercakap dengan puan Nuruljannah....
Yuyu :Ye saya yang comel sedang bercakap

Dia :Saya buat panggilan dari S26 careline berkenaan dengan susu percuma selama 2 bulan
Yuyu :Haaaaaa?? (jantung hati dh switch on nk menari gangnam dh ni, betul ke apa yuyu dengar ni??) susu percuma? (terus bersuara sopan seperti sedang ditemuramah ibu mertua buat kali pertama.)
Dia :Ye puan, seperti mesej yang puan terima tu
Yuyu :Mesej apa ye, saya x ingat dah
Dia :Ye la, mesej tu dah lama, bulan lepas. Tapi xpe, jadi puan boleh ambil susu.....

 

Wahhh seronok u oll. Walaupun anak ioll x minum S26, tapi ioll excited mcm nk loncat dari satu tren ke satu tren mcm cite industan kyar he tu. Lepas dah dapat detail penerangan dari careline assistant tu, salin apa yang patut. Yuyu terus senyum sambil berfikir. Betul ke ni??
Careline assistant S26 tu beritahu hafiz akan dapat susu percuma S26PEgold untuk 2 bulan. Agak2 berapa kotak ye??
Diorang akan hantar offer letter ke rumah, lepas tu baru bawa offer letter tu untuk penebusan pada 13 disember ni.
Yuyu masih lagi keliru antara nk percaya dgn x nk,

 

Malam tadi, sebelum start sentuh assignment, yuyu cek balik inbox.nasib inbox masih ada dari bulan 9. Satu2 no yuyu cek. Akhirnya...

 

Yeay, yuyu dah dapat kesahihan. Mmg yuyu ada terima mesej dari S26 .ada lebih kurang mcm contest la.tp senang je.just send mesej kat no 39993 untuk jadi 1000 orang pertama untuk dapat susu S26PE gold secara percuma. Yuyu ni mmg sejak azali mmg suka join contest. X sangka, rezeki untuk hafiz. Mudah-mudahan hafiz nk minum susu ni..
Yuyu post kat FB pasal yuyu seronoknoknok sangat kan... antara kawan2 yg post, ada sorang kawan ni msg Tanya anak yuyu minum susu S26 step brp. Dia bgtaw dia ada satu pek susu nk bg yuyu. Dia baru beli nk bg ank dia minu, tp anak dia x suka minum. Jadi dia ngan murah hatinya nk bg free kat yuyu susu tu.siap nk pos lagi dari KL ke TM. Terharunya semalam.. dpt 2 berita gembira... Alhamdulillah. Rezeki di mana-mana kan?

 


 

Tahniah untuk sayang mama.
Selamat hari lahir ke 544 hari sayang.
Mama loves hafiz so much
Papa loves hafiz too.
Jadi anak yang baik ye sayang
Muahhhhh J


my fav. picture 

my always baby


heroes



 


kalau suke , like la ;p

2 comments:

Noli said...

alhmdulillah..rezeki yang disangka2 kan..alhmdulillah :)

yuyu jannah said...

kan nolie?rezeki yang x disangka2...syukur sgt.