Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

April 11, 2011

30 minggu dan video perkembangan simanja


kalau diikutkan perkiraan dan scan terakhir baru2 ni, mcm ni la kedudukan si manja dalam tummy ni. bila dh tgk mcm ni, x sabar je rasa nak tunggu lagi  10 minggu.


mari kita tgk apa perkembangan bayi 30 minggu ;) ;)
.
.
.
.
.
.
Paru-paru bayi dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi terus menerus membuka dan menutup matanya.
indahnya kejadianMU Ya Allah. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu.
woahh, teringin je nak buat ni.. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda.
patut la.. 
Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasuki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 

Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. 


klik sini untuk tengok video perkembangan si manja korang semua. dijamin tersenyum je bila tgk video ni
kalau suke , like la ;p

9 comments:

Lulu caldina said...

bila due? rasanya mcm makbed ni.. (makbed.com)... semoga semuanya selamat yer..

^effa^ said...

yuyu.. bestnye kan.. sama2 la kite mengepush.. hehe.. dh g antenatal class?

Pya said...

dah 30 weeks dah kita kan Yuyu? sekejap je masa berjalankan? tinggal lg < 10 weeks je lagi. Hopefully baby2 kita sempurna, sihat & selamat time deliver nnt.

Yuyu punya set tilam baby dah siap ke? Pya tak cari lagi kain nak bt sarung tilam. Pulus dah abes sbb pg konvo aritu. huhu... sian t'paksa arap kat gaji laki je. (-_-)

nuruljannah sukhri said...

lulu :
due 19/6 ni..tp mintak2 bersalin awl skit..hik hik..x sabor.

nuruljannah sukhri said...

effa ;
yela, sama2 la kita mengepush nanti ye. x pergi lagi.ssh la kat kemaman ni xde antenatal class.kena pegi kuantan.effa dh pegi?

nuruljannah sukhri said...

pya ;
yela, kejap je rasa..tp x sbrnya nk tgu lagi 10 minggu ni..nk pegang budak kecik ni.nak peluk cium..

sarung tilam tu dh masuk set ke dua..pya beli yang dh siap je kalau nak senang..

xpela piya, nnt dh kerja ganti balik.skrg pau dulu suami kita.hihi

Rosie Rose said...

fuhh fuhhh sekajp je eyyy dah masuk 30wk ... excited kan?? semoga kita semuanya gagah utk melalui saat2 melahirkan dan berpantang nnt :)

nuruljannah sukhri said...

rose ;
insyaallah.tgh mencari semangat lah ni...byk2 berdoa kan?mintak dipermudahkan...

Rosie Rose said...

yuyu... bukan kata aritu nak wat 3d4d ke??? mana ceritanya?